About Me

My photo
SAKARAN A/L I. MUNIANDY
D20111050020

Saturday 28 April 2012

Istimewa Buat Kaum Guru

Khas buat warga pendidik. Rancangan Pengajaran Harian Matematik (Tambah Dalam Lingkungan 1 000 000 - Tahun 5) bersertakan video sesi pengajaran dan pembelajarannya yang dikendalikan oleh saya sendiri.

Dunia Matematik Sekali Lagi Berwajah Baru

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan pandangan membina melalui facebook. Atas cadangan anda, saya telaj memperbaharui wajah Dunia Matematik. Sebarang pandangan sila hubungi saya melalui email ataupun facebook Dunia Matematik..
Terima Kasih...
E-mail           :        duniamatematik@yahoo.com 

Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

145 page views dalam dalam sebulan merupakan satu sokongan yang memberangsangkan...Terima kasih di atas sokongan anda, dan kepada yang menghantar message melalui facebook dan email, maafkan saya jika lambat reply disebabkan atas faktor kekangan masa... :)

Friday 27 April 2012

RPH Matematik Tahun 5


Rancangan Pengajaran Harian
Matapelajaran          :           Matematik
Masa                          :           12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari
Hari                             :           Khamis
Topik                          :           Tambah Dalam Lingkungan 1 000 000
Kemahiran                :           1.2.1   Menambah dalam lingkungan 1 000 000
Objektif                      :           Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,  
murid akan dapat menambah dalam lingkungan
1 000 000 dengan betul
Masa /
Langkah
Aktiviti
Guru
Aktiviti
Murid
BBM


5 Minit
(Set Induksi)
 - Guru menggunakan buah-buahan untuk menambah dua nombor yang berlainan
 - Guru memperkenalkan simbol Matematik dan persamaan
- Murid menambah dua nombor yang berlainan
- Memberi jawapan secara spontan
 - Murid membaca ayat Matematik.
- Contoh: 2 + 1 = 3
 - Buah-buahan

5 Minit
(Langkah 1)

- Guru menulis beberapa soalan Matematik di papan hijau dan menyuruh murid menambah nombor
- Murid menambah dua nombor yang berlainan
- Carta Matematik
- Kad Nombor


5 Minit
(Langkah 2)
- Guru menulis beberapa soalan dipapan hijau
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
- Guru memberi jawapan
- Murid menyelesaikan soalan Matematik secara berkumpulan
- Kertas Mahjong
- Marker pen
8 Minit
(Langkah 3)
- Guru memberi latihan menambah nombor dalam lingkungan
1 000 000
- Murid menambah nombor dalam lingkungan 1 000 000
- Lembaran kerja

2 Minit
(Penutup)
- Guru melekat soalan Matematik di papan hijau
- Guru meminta semua pelajar memberi jawapan
- Murid memberi jawapan
- Kad Matematik

Tuesday 24 April 2012

Mathsay

Mathsay merupakan satu aplikasi yang bertujuan untuk membantu para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik vektor, geometri, trigonometri, pemplotan 3D, persamaan dan sebagainya dengan mudah dan berkesan.

Sila Klik Disini

Tuesday 17 April 2012

Cara Mengingat Formula Matematik Melalui lagu

Diambil daripada YouTube :)

Sila Klik Di Sini

Bagi Yang Berkemampuan...

Di sini saya sertakan satu link laman web yang menjual produk mereka, berkaitan dengan bidang Matematik.
Berikut merupakan tajuk-tajuk yang dirangkumi dalam courseware mereka:

  1. Nombor Bulat Hingga 100 000
  2. Nombor Bulat Hingga 500 000
  3. Tambah Dalam Lingkungan 100000
  4. Tambah Dalam Lingkungan 500000
  5. Tolak Dalam Lingkungan 100000
  6. Tolak Dalam Lingkungan 500000
  7. Darab Dua Nombor Dua Digit Dan Dua Digit
  8. Darab Dua Nombor Tiga Digit Dan Dua Digit
  9. Bahagi Nombor Lima Digit Dengan Dua Digit
  10. Membahagi Sebarang Nombor Enam Digit Tidak Lebih Dari 500 000 Dengan 100 dan 1000
  11. Operasi Bercampur Tambah Atau Tolak Berturut-turut
  12. Operasi Bercampur (+&-) Hingga 2t.p
  13. Tambah Dan Tolak Pecahan (B)
  14. Tambah Dan Tolak Pecahan ( C)
  15. Darab Dan Bahagi Perpuluhan Hingga 1 t.p
  16. Tukar Pecahan Perseratus Kepada Perpuluhan & Operasi
  17. Operasi (+, -, x, /) Wang Hingga RM10000
  18. Operasi (+, -, x, /) Wang Hingga RM50000
  19. Masa Dan Operasi
  20. Tempoh Masa (B)
  21. Meter, Sentimeter, Milimeter Dan Operasi
  22. Kilometer, Meter Dan Sentimeter Dan Operasi
  23. Timbangan Melibatkan Unit Kilogram
  24. Timbangan Melibatkan Unit Gram
  25. Mengenal Unit Liter
  26. Mengenal Unit Mililiter
  27. Mengenal Bentuk Dan Pepejal
  28. Perimeter Bentuk Asas

Tuesday 10 April 2012

Dunia Matematik Kini Berwajah Baru... :)

Salam 1 Malaysia..
Dunia Matematik kini berwajah baru..Diharapkan perubahan ini akan membantu anda melayari blog ini dengan lebih mudah.
Terima kasih.. :)

Wednesday 4 April 2012

Khas buat warga pendidik!!
Koleksi Huraian Sukatan Pelajaran dari Darjah 1 hingga 6, bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Sila klik link dibawah.
http://kavinraj88.webs.com/teacherszone.htm

Kuiz Matematik Tahun 5

Kuiz Matematik Tahun 5. Sila klik link dibawah.

http://skseriampang.net/sal/m3/m3t5.htm